Dalam dunia perniagaan antarabangsa, terdapat dua jenis amalan sistem untuk membina rantaian perniagaan dan saluran pengedaran produk atau perkhidmatan, iaitu sistem francais dan licensing (pelesenan pra-francais).
Sistem francais dan licensing adalah dua pilihan sistem untuk pemilik perniagaan (dan jenama) melantik rakan niaga untuk beroperasi menggunakan jenama, konsep, dan sistem perniagaan tertentu dengan bayaran tertentu.
Tanpa mengira saiz, apa jua jenis perniagaan boleh difrancais atau dilicensing jika dapat menunjukkan bahawa perniagaan mempunyai konsep produk atau perkhidmatan yang boleh diperniagakan dan diterima di pasaran. Selain itu, pengetahuan, kemahiran, dan teknologi perniagaan boleh dipindahkan, diajar, atau diduplikasi kepada rakan niaga yang dilantik.
Walaupun sistem francais dan licensing kelihatan hampir sama, namun terdapat perbezaan dalam operasi sebenar yang perlu difahami oleh pemilik perniagaan yang ingin menjual peluang perniagaan menggunakan mana-mana sistem ini agar tidak melanggar undang-undang (akta).